BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 3, 2011

Makan Malam 2010/2011


Semua pelajar tahun 1-4 dijemput hadir bagi meraikan pelajar tahun 4 yang akan bergraduasi tidak lama lagi.

Wednesday, August 18, 2010

Puasa

Walaupon sudah beberapa hari kita semua berpuasa, tetap nak wish juga. Selamat Berpuasa dan Beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan ada yang puasa setengah hari je. haha...

Anyway, minggu depan KSB akan mengadakan majlis berbuka puasa. Harap semua dapat hadir bagi memeriahkan majlis. Non-muslim juga dijemput hadir bersama. Maklumat program seperti berikut:

Program: Iftar KSB
Tarikh: 26 Ogos 2010
Tempat: TIBE
Masa: Sebelum berbuka


Harap anda semua dapat hadir bersama.

Selamat Berpuasa!

Sunday, August 8, 2010

Terbang

Pengumuman~~~ Pengumuman~~~

buat kali kedua dalam sejarah Kelab Sains Bioperubatan, kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Beijing, China!!

tak pernah lagi dalam sejarah kelab-kelab di FSKB yang menganjurkan trip sebegini. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 Biomed. Dengar-dengar cerita kita akan tangkap gambar 1Malaysia di Great Wall of China. Cool!!

Jadi kepada semua, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, cik kiah-cik kiah semua, sila la jeles dengan kami. kitorang nak gi terbang. wheeee~~~~

After

Maaf lah dah lama tak update blog ni. Agak busy la sket. tapi kali ni kita cerita pasal kemeriahan hari interaksi yang lepas. sepertimana yang anda semua tahu, hari interaksi Sains Bioperubatan telah pun diadakan. memang meriah, memang gempak, memang gamat. terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang turut hadir, dan para senior yang turun ramai-ramai.

baru satu KTSN tahu kegilaan Biomed sebenarnya. hehe..

anyway, macam biasa, gambar-gambar turut dilampirkan. hehe..snap-snap time!

Prof Fadh mengawasi budak lelaki buat poco-poco. hehe...

Sesi tepung tawar Dr Balqis kpd "birthday boy"

Main baling belon. Best?

Siapa kata bola jaring game pompuan?

Bila bola jaring berubah menjadi ragbi~

Shoot Muin! Shoot!

dan pada akhirnya, sesi snap-snap beramai-ramai bersama lecturer. okay, muka maybe xnampak sangat sebab ramai sangat, tapi tu baru la meriah, kan? it's the thought that count.


Sekian, harap tahun depan lagi meriah. hidup Biomed!! Hidup Biomed!!
*hehe..terlebey semangat...*

Thursday, July 29, 2010

Bersama

Ah~ lamanya tak tulis kat sini. Rindu pula.

Selamat kembali kepada semua, walaupun dah terlambat 2 minggu utk ucapkan. kepada pelajar-pelajar tahun 1, selamat datang kepada anda semua. jangan malu segan nak bertanya apa-apa kepada yang senior. Para senior, bantu para junior macam biasa, orait?

Anyway, ni nak dicanangkan, Sabtu ni ada hari interaksi. Korang semua dah tahu kan? Jadi meh la turun semua kita gamatkan keadaan. Kalau tak nak join games pun tak per...janji turun kasi meriah. Kalau bukan kita nak meriahkan, siapa lagi kan? Tak kan mak cik cafe pula.

Jadinya, bawah ni detail-detail bagi Hari Interaksi. Jangan lupa turun ramai-ramai tau. Jom lepak-lepak dengan lecturer.

Tarikh: 31 Julai 2010
Masa: 7.45 pagi - 12 tgh hari
Tempat: Padang KTSN


-Biomed Untuk Semua-