Satu langkah yang patut dipuji dan harus diteruskan.
Pada 13-14 Mac yang lepas, UPM menjadi tuan rumah bagi Simposium Sains Bioperubatan. Memang cukup meriah. Lagi meriah dari open house Cik Kiah masa hari raya. Program ni memang dapat sambutan yang cukup baik dari universiti-universiti terlibat. Tahun ni yang terlibat adalah UKM, UIAM, UM, USM, UTAR dan IMU.
Bayangkan pelajar-pelajar Sains Bioperubatan dari seluruh ceruk Malaysia datang berkampung di UPM. Kan ke meriah tu? Semuanya dengan satu harapan; meningkatkan martabat dan meletakkan Sains Bioperubatan di mata pengamal perubatan masa kini. Biar semua orang tahu, kita mampu untuk bersaing dengan kos-kos sains kesihatan yang lain.
Baiklah, bawah ni ada beberapa gambar yang dapat di-snap-kan semasa program berjalan. Snap-snap!