Program Operasi Bersepadu Malaria Hulu Perak 2009 telah diadakan pada 13 Disember sehingga 17 Disember 2009. Program lima hari ini adalah anjuran Kelab Sains Bioperubatan dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertempat disekitar perkampungan orang asli di Hulu Perak iaitu di kawasan Rancangan Pengumpulan Semula Banun(RPS Banun). Program ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 Sains Bioperubatan. Kami berkmpul di Wisma Persekutuan Gerik sebelum bergerak ke tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan kami didirikan di Kampung Sg Raba.
Gotong-royong memasang khemah
Khemah peserta lelaki
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan disana adalah:
- Mass Blood Smear(MBS)
- Mandi air terjun
- Melawat Bukit Sejuk
- Sesi Sukaneka
- Memberi sumbangan baju terpakai
Selain daripada meninmba pengalaman membuat MBS, fogging dan BTI, kami juga berpeluang untuk beramah mesra dengan penduduk orang asli(OA) di RPS Banun. Kebanyakkan orang asli di ROS Banun adalah suku Jahai dan Temia. Gaya hidup mereka yang mudah dan sangat berpegang pada adat dan pantang larang amat menarik perhatian kami. Tambahan pula, kebanyakan OA sangat pemalu dan akan cuba untuk mengelakkan diri, membuatkan kami lebih tertarik untuk mengenali dan cuba untuk beramah mesra dengan mereka. Kami juga sempat untuk belajar serba-sedikit bahasa dialek mereka:
Jajak - Makcik
Tatak - Pakcik
Madoh - Berapa
Kene - Nama
Tatak - Pakcik
Madoh - Berapa
Kene - Nama
Pada permulaannya, kami mengalami masalah komunikasi kerana mereka kurang memahami bahasa melayu terutamanya golongan yang berumur. Tapi masalah ini dapat diatasi dengan perlahan-lahan apabila kami cuba untuk mempelajari bahasa mereka. “Jajak, kena?” maksudnya, makcik nama apa?, “adik, darjah marok?” maksudnya adik darjah berapa?.
Kami kembali ke Kuala Lumpur pada ahad pagi dengan berat hati. Pengalaman baru ini amatlah bermakna dan berharga buat kami. Pengalaman ini tidak akan dapat kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Kami kembali ke Kuala Lumpur pada ahad pagi dengan berat hati. Pengalaman baru ini amatlah bermakna dan berharga buat kami. Pengalaman ini tidak akan dapat kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
SELAMAT TINGGAL SEMUA. SEMOGA KITA BERTEMU LAGI.
0 comments:
Post a Comment