BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 15, 2009

SESI TAKLIMAT PELAJAR TAHUN 1 SAINS BIOPERUBATAN [SESI 2009/2010]

SESI TAKLIMAT PELAJAR SAINS BIOPERUBATAN TAHUN 1 SESI 2009/2010

Kami dari pihak Kelab Sains Bioperubatan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar Tahun 1 sesi 2009/2010 terutamanya pelajar jurusan Sains Bioperubatan. Pelajar tahun 1 pada sesi ini berpeluang bersemuka dengan abang -abang dan kakak-kakak senior dalam satu program yang julung-julung kalinya diadakan iaitu ‘Orientasi Jabatan Sains Bioperubatan/ Department Orientation’.

Pada jam 9 pagi, semua pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 4 berkumpul di dewan kuliah 1 bersama dengan barisan pensyarah dan kakitangan Jabatan Sains Bioperubatan bertujuan untuk memperkenalkan pensyarah dan kakitangan sokongan di samping mendengar taklimat dan pengenalan mengenai kursus-kursus yang akan diambil dari tahun 1 sehingga tahun akhir kelak.

Program ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Kaswandi Md.Ambia. Aturcara dimulai dengan taklimat daripada Ketua Jabatan Sains Bioperubatan UKM iaitu Prof. Dr. Kamel Abd. Ghani. Beliau telah menjelaskan beberapa perkara penting berkaitan dengan jurusan ini, seperti kursus-kursus yang akan diambil di samping memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang akan mengajar sepanjang pengajian ini nanti. Prof. Kamel juga ada menyentuh mengenai Kelab Sains Bioperubatan serta aktiviti-aktiviti yang menarik yang pernah dianjurkan oleh organisasi kelab.

Selesai sahaja taklimat oleh Ketua Jabatan, majlis diteruskan lagi dengan membahagikan pelajar tahun 1 kepada mentor masing-masing. Program mentor-mentee ini adalah satu tradisi bagi Jabatan Sains Bioperubatan sebagai satu langkah untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan pensyarah. Sistem ini juga berfungsi untuk pelajar dan pensyarah membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Berakhirnya sesi pembahagian mentor-mentee, maka sesi taklimat juga berakhir pada jam 1130 pagi. Diharap dengan taklimat ini pelajar tahun 1 bolehlah menyesuaikan diri dengan suasana kampus dan mengenali pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar senior yang lain.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar tahun 1 Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, khususnya kepada pelajar Sains Bioperubatan.