BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 8, 2010

Terbang

Pengumuman~~~ Pengumuman~~~

buat kali kedua dalam sejarah Kelab Sains Bioperubatan, kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Beijing, China!!

tak pernah lagi dalam sejarah kelab-kelab di FSKB yang menganjurkan trip sebegini. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 Biomed. Dengar-dengar cerita kita akan tangkap gambar 1Malaysia di Great Wall of China. Cool!!

Jadi kepada semua, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, cik kiah-cik kiah semua, sila la jeles dengan kami. kitorang nak gi terbang. wheeee~~~~

After

Maaf lah dah lama tak update blog ni. Agak busy la sket. tapi kali ni kita cerita pasal kemeriahan hari interaksi yang lepas. sepertimana yang anda semua tahu, hari interaksi Sains Bioperubatan telah pun diadakan. memang meriah, memang gempak, memang gamat. terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang turut hadir, dan para senior yang turun ramai-ramai.

baru satu KTSN tahu kegilaan Biomed sebenarnya. hehe..

anyway, macam biasa, gambar-gambar turut dilampirkan. hehe..snap-snap time!

Prof Fadh mengawasi budak lelaki buat poco-poco. hehe...

Sesi tepung tawar Dr Balqis kpd "birthday boy"

Main baling belon. Best?

Siapa kata bola jaring game pompuan?

Bila bola jaring berubah menjadi ragbi~

Shoot Muin! Shoot!

dan pada akhirnya, sesi snap-snap beramai-ramai bersama lecturer. okay, muka maybe xnampak sangat sebab ramai sangat, tapi tu baru la meriah, kan? it's the thought that count.


Sekian, harap tahun depan lagi meriah. hidup Biomed!! Hidup Biomed!!
*hehe..terlebey semangat...*