BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 18, 2010

Puasa

Walaupon sudah beberapa hari kita semua berpuasa, tetap nak wish juga. Selamat Berpuasa dan Beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan ada yang puasa setengah hari je. haha...

Anyway, minggu depan KSB akan mengadakan majlis berbuka puasa. Harap semua dapat hadir bagi memeriahkan majlis. Non-muslim juga dijemput hadir bersama. Maklumat program seperti berikut:

Program: Iftar KSB
Tarikh: 26 Ogos 2010
Tempat: TIBE
Masa: Sebelum berbuka


Harap anda semua dapat hadir bersama.

Selamat Berpuasa!

Sunday, August 8, 2010

Terbang

Pengumuman~~~ Pengumuman~~~

buat kali kedua dalam sejarah Kelab Sains Bioperubatan, kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Beijing, China!!

tak pernah lagi dalam sejarah kelab-kelab di FSKB yang menganjurkan trip sebegini. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 Biomed. Dengar-dengar cerita kita akan tangkap gambar 1Malaysia di Great Wall of China. Cool!!

Jadi kepada semua, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, cik kiah-cik kiah semua, sila la jeles dengan kami. kitorang nak gi terbang. wheeee~~~~

After

Maaf lah dah lama tak update blog ni. Agak busy la sket. tapi kali ni kita cerita pasal kemeriahan hari interaksi yang lepas. sepertimana yang anda semua tahu, hari interaksi Sains Bioperubatan telah pun diadakan. memang meriah, memang gempak, memang gamat. terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang turut hadir, dan para senior yang turun ramai-ramai.

baru satu KTSN tahu kegilaan Biomed sebenarnya. hehe..

anyway, macam biasa, gambar-gambar turut dilampirkan. hehe..snap-snap time!

Prof Fadh mengawasi budak lelaki buat poco-poco. hehe...

Sesi tepung tawar Dr Balqis kpd "birthday boy"

Main baling belon. Best?

Siapa kata bola jaring game pompuan?

Bila bola jaring berubah menjadi ragbi~

Shoot Muin! Shoot!

dan pada akhirnya, sesi snap-snap beramai-ramai bersama lecturer. okay, muka maybe xnampak sangat sebab ramai sangat, tapi tu baru la meriah, kan? it's the thought that count.


Sekian, harap tahun depan lagi meriah. hidup Biomed!! Hidup Biomed!!
*hehe..terlebey semangat...*

Thursday, July 29, 2010

Bersama

Ah~ lamanya tak tulis kat sini. Rindu pula.

Selamat kembali kepada semua, walaupun dah terlambat 2 minggu utk ucapkan. kepada pelajar-pelajar tahun 1, selamat datang kepada anda semua. jangan malu segan nak bertanya apa-apa kepada yang senior. Para senior, bantu para junior macam biasa, orait?

Anyway, ni nak dicanangkan, Sabtu ni ada hari interaksi. Korang semua dah tahu kan? Jadi meh la turun semua kita gamatkan keadaan. Kalau tak nak join games pun tak per...janji turun kasi meriah. Kalau bukan kita nak meriahkan, siapa lagi kan? Tak kan mak cik cafe pula.

Jadinya, bawah ni detail-detail bagi Hari Interaksi. Jangan lupa turun ramai-ramai tau. Jom lepak-lepak dengan lecturer.

Tarikh: 31 Julai 2010
Masa: 7.45 pagi - 12 tgh hari
Tempat: Padang KTSN


-Biomed Untuk Semua-

Wednesday, June 30, 2010

Baru dan Lama: Bersatu!

12.07.2010

Nantikan kehadirannya.

Selamat kembali pada yang lama,
selamat datang kepada yang baru.

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru


posted by mi2

Tuesday, May 4, 2010

Ucapan: Penutup Tirai 2009/2010

Salam sejahtera semua~

Sesi 2009/2010 dah nak melabuhkan tirainya. bagi para pelajar tahun 1 dan 2, nikmatilah cuti anda sebaiknya. buat perkara berfaedah je, tak yah la gi melepak tak tentu pasal. jangan lupa tolong mak bapak.

bagi pelajar tahun 3, selamat menjalani Latihan Industri. kejer baik-baik yer? bagi pelajar tahun terakhir, bagi yang belum siap lagi tesis tu, selamat berusaha menyiapkan tesis. gambatte~~ juga tak lupa, selamat bergraduasi kepada pelajar tahun akhir. jangan dilupakan kitorang yg tertinggal kat sini. jenguk-jenguk la kitorang.....sambil bawak buah tangan. buah kaki pun boley gak. haha...

kepada para lecturer, jutaan terima kasih atas ajaran sepanjang sesi ni, tahun depan kita boleh borak-borak lagi ya?

Jadi, sebagai last post bagi sesi 2009/2010, kami dari organisasi KSB ingin memohon ampun maaf jika anda, sesi depan kita jumpa lagi ye?

SELAMAT BERCUTI


dan khas bagi pelajar tahun akhir:

SELAMAT BERGRADUASI



Sekian,
Signing off 2009/2010.

Thursday, April 22, 2010

Event: Majlis Munajat Perdana

Bertempat di Surau D, Kolej Tun Syed Nasir, telah diadakan Munajat Perdana, dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa FSKB. Malam tersebut telah dimulakan dengan ucapan dari pengerusi, bacaan Yaasin selepas Maghrib, dan seterusnya mendengar amanat dari wakil KJ, Dr Rohi.

Pihak KSB berharap agar program kerohanian seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap dimasa depan. Pada korang-korang yang tak dapat hadir hari tu, jangan risau, lain kali masih ada, okay?

Anyway, kat bawah ni ada la beberapa snapshot yang dapat diambil masa hari tu. Sikit je sempat, takut orang label gila kamera lak. haha... snap time! snap-snap!


Ucapan aluan dari Pengerusi KSB


Antara yang hadir pada malam itu


Wakil KJ: Dr Rohi


Masing-masing khusyu' mendengar amanat dari Dr Rohi


Dan lagi, snapshot dari mereka-mereka yang sudi hadir. termasuklah dari jabatan dan fakulti lain. thanks korang. korang memang tiptop!


Maaf sebab tak dapat siarkan gambar dari pihak siswi. Atas masalah teknikal... sori yer?

Saturday, April 10, 2010

Announcement: Hari Interaksi 2010/2011

Perhatian kepada para pelajar Biomed yang teringin atau terasa nak join organisasi Hari Interaksi Sains Bioperubatan 2010/2011 anjuran Kelab Sains Bioperubatan pada sesi depan, anda boleh berhubung terus kepada Asyraf Akmal di nombor 017 212 6604.


Penyertaan dibuka kepada pelajar tahun 1 dan 2 sesi ni. Kita kasi gegar budak-budak tahun 1 sesi depan, okay~ Bagi yang tak nak join organisasi, anda dialukan untuk datang memeriahkan majlis tahun depan. Borang kehadiran akan diedarkan pada perjumpaan mega Biomed di DK1, pada hari pertama perkuliahan.

Wish: Exam Final Sem 2, Sesi 2010/2011

Kami dari
Kelab Sains Bioperubatan
ingin mengucapkan
Selamat Berjaya dan All The Best
utk exam final
Sem 2, 2009/2010.



Juga terima kasih kepada korang yang sudi hadir ke aktiviti pertama KSB, Munajat Perdana dengan kerjasama PMFSKB. Maaf sebab tak sempat nak masukkan announcement kat sini, sebab tak dapat access internet minggu lepas. tapi gambar-gambar akan dimasukkan kemudian, bersama dengan gambar-gambar dinner biomed. photo album baru sedang diusahakan, insyaAllah~

korang semua, nantikan aktiviti-aktiviti telah dirancangkan untuk sesi depan. harap korang semua akan aktif seperti biasa, bagi menaikkan nama Kelab Sains Bioperubatan UKM.


Terima kasih daun keladi, sem ni dah nak tamat sesi depan jumpa lagi~


Wednesday, March 24, 2010

Event: Dinner Biomed 09/10


Malam ini....




1 Acara Tahunan Kemuncak,
5 Dunia Bersatu,









Makan Malam Sains Bioperubatan UKM
Hotel Seri Pacific
25 Mac 2010


Bakal mengukir kenangan!
Nantikan.





p/s: 5 dunia: lecturer + student sumer year. kot2 ade yg kompius...

-Kuro Syamito-

Friday, March 19, 2010

Event: Simposium Sains Bioperubatan UPM

Satu langkah yang patut dipuji dan harus diteruskan.

Pada 13-14 Mac yang lepas, UPM menjadi tuan rumah bagi Simposium Sains Bioperubatan. Memang cukup meriah. Lagi meriah dari open house Cik Kiah masa hari raya. Program ni memang dapat sambutan yang cukup baik dari universiti-universiti terlibat. Tahun ni yang terlibat adalah UKM, UIAM, UM, USM, UTAR dan IMU.

UPM - tuan rumah 2010

Bayangkan pelajar-pelajar Sains Bioperubatan dari seluruh ceruk Malaysia datang berkampung di UPM. Kan ke meriah tu? Semuanya dengan satu harapan; meningkatkan martabat dan meletakkan Sains Bioperubatan di mata pengamal perubatan masa kini. Biar semua orang tahu, kita mampu untuk bersaing dengan kos-kos sains kesihatan yang lain.

Baiklah, bawah ni ada beberapa gambar yang dapat di-snap-kan semasa program berjalan. Snap-snap!


Team dari UKM

Khusyuknya dgr ceramah Dr Hing...


Hadiah cenderamata kepada KJ tersayang


Bergambar lagi untuk kenangan..


Wakil UKM -Abdul Muin bin Azmi

Segalanya tamat dengan jayanya. Buat pihak UPM, terima kasih daun keladi, tahun depan kita jumpa lagi di UIAM pula. Kita kembara ke Kuantan pula. Buat UIAM, nantikan kami bertandang ke sana pula, ya?

UIAM - tuan rumah 2011


-Kuro Syamito-

Thursday, March 11, 2010

Event: Annual Dinner 2009/2010




cam biasa, setiap tahun, semua kursus dalam FSKB akan ada annual dinner masing-masing. jadi tahun ni biomed akan mengadakan dinner ditempat dan tarikh mcm yang tertulis dalam poster kat atas.

bila lagi korang nak pakai glam2, bling2 tanpa orang kata korang mereng kan? masa ni gak boleh la korang tangkap gambar dengan lecturer tersayang~ and bagi first year, grab this opportunity to know all lecturers, as most of 'em gonna be there.

p/s: thanks to AllPraisesToAllah cuz betulkan nama tempat. sori ek?

-Kuro Syamito-

Monday, March 8, 2010

Off-Topic: Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Jika setiap hujung tahun Malaysia akan diserbu oleh orang-orang luar untuk Year End Sale yang mana orang saling berebut-rebut nak beli baju; setiap Mac PWTC menjadi tumpuan buat saban tahunnya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Pastikan korang datang, check-out semua aktiviti yang ada tahun ni. Cuma beberapa stesyen je kan dari kolej, kan? Luangkan masa sikit..


Tarikh: 19-28 Mac 2010
Tempat: Putra World Trade Centre

Pastinya, jangan lupa untuk beli buku-buku subjek semester depan; sebab kebiasaannya buku-buku akan dijual dengan murah. Terutama bagi para pelajar, yang akan diberikan potongan harga. Tanya pada senior yang rapat, apa buku yang baik bagi subjek yang akan diambil semester depan. Nak lagi best, tanya kat lecturer terus. Kan senang tu?

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Jom kita meramaikan Pesta Buku ke-29 ni~

-Kuro Syamito-

Friday, March 5, 2010

Event: Simposium Sains Bioperubatan 2010

Kesinambungan dari Simposium Sains Bioperubatan yang tahun lepas diadakan di TIBE, UKM KKL, 2010 menjadi saksi apabila UPM pula menjadi tuan rumah. Anda semua sangat-sangat digalakkan untuk hadir. Meh kita gamatkan simpo tahun ni!

Berikut merupakan potongan dari mStar Online:

Kelab Bio Perubatan UPM Anjur Simposium Sains Bio-Medical 2010

SERDANG: Kelab Bioperubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Simposium Sains Bio-perubatan 2010 (MySympBioS 2010) yang pertama pada 13 hingga 14 Mac ini di Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) UPM Di sini.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama penuntut dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan International Medical Universiti (IMU)

Dekan FPSK, Prof. Dr. Azhar Md. Zain berkata program itu akan menarik minat pelajar dalam usaha penyelidikan dan inovasi dalam bidang berkaitan Sains Bioperubatan melalui penyampaian tesis dan forum bersama penyelidik.

“Simposium ini akan memupuk minat pelajar bidang ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi serta menerajui penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia.

"Program ini juga akan mengumpulkan para pelajar Sains Bioperubatan seluruh Malaysia serta sebagai salah satu platform pelajar bidang ini untuk bertukar pendapat mengenai masa depan kerjaya ini,” katanya.

Beliau berkata, program itu akan menjadi titik permulaan kerjasama pelajar serta warga profesional Sains Perubatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memajukan bidang sains dan teknologi negara sebagai satu entiti kebangsaan serta transformasi baru bagi pengamal bioperubatan pada generasi masa depan.

Katanya, program itu yang dijangka bermula pada pukul 9 pagi juga bakal dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Siapa lagi nak sokong kalau bukan kita semua? Jom kita pergi ramai-ramai, buktikan pada Malaysia yang kita bangga menjadi pelajar Sains Bioperubatan! Mari~

-Kuro Syamito-

KELAB
SAINS
BIOPERUBATAN
2010/2011

Nantikan
perubahan...

Wednesday, March 3, 2010

TURUN TAKHTA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SAINS BIOPERUBATAN

TARIKH : 4 MAC 2010
MASA: 4-6 PETANG
TEMPAT : DEWAN KULIAH 2, FSKB

DATANG BERAMAI-RAMAI, PILIH CALON-CALON YANG SESUAI UNTUK ORGANISASI SETERUSNYA.

Thursday, February 11, 2010

Dah cuti da rupanya~

okay2, tau dah semua orang dah start nak cuti. bagus-bagus. kasi top-up semangat. naik cuti jangan badan naik skali. semangat je cukup.

SELAMAT BERCUTI & HAPPY CHINESE NEW YEAR~~

Saturday, February 6, 2010

Selamat Ber-exam~~

Ah, nampaknyer sumer orang dah kena penangan exam ah? senyap sunyi satu K1 nih. bagus2..

Kepada semua pelajar biomed, tak kiralah senior ke junior, selamat menduduki exam mid-sem. pas exam kite cuti mid-sem ramai2 yer?


- KuRo SyaMito -

Friday, February 5, 2010

Teknikal problem

okay, dengar cerita ada yang tak reti nak install file Medical Dictionary tu. lupe lak nak kasi penerangan hari tu. jadi, ni la cara-caranya:

1. pastikan anda menggunakan laptop ber-gigibiru (bluetooth).
2. download file Medical Dictionary dari site ni, save dlu dalam laptop.
3. bluetoothkan file tu pada henfon anda. jangan dibuka fail tu, send je terus.
4. file tu berextension .jar, which most sony boley masuk. nokia ada certain je yang bertuah boley masuk.
5. file tu version 2.11, paling latest 2.14. tp xdpt jmpe dlm internet lak. jadi gune dlu sampai la berjaya jumpe yg paling latest.

well, selamat ber-dictionary!

-KuRo SyaMito-

Thursday, February 4, 2010

Updates dari jabatan~~

Mmm....ader beberapa update yg korang perlu tahu kot..kita wat section update-mengupdate supaya korang tahu apa yang terbaru and terkini dari jabatan kita. senang citer ala-ala tabloid la..

baiklah, update minggu ini:

1. berita ni agak basi sikit, mggu lepas punya, tapi still relevant. kita dah ada wakil PMUKM dalam jabatan kita~ yay~ tepok2~ berikut petikan dari majalah Mangga:

"Abdul Muin bin Azmi, pelajar tahun 2 Sains Bioperubatan telah memenangi kerusi bagi FSKB. Beliau yang ditentang oleh pelajar dari Pengimejan, telah menang dengan majoriti 200 kerusi, dengan moto pilihanraya beliau; 'dua utk peace~'."

2. biomed akan adakan dinner jabatan tak lama lagi. macam biasalah, annually mesti ada kan? dengar cerita kali ni kat hotel lain pulak. well, yang penting, kita ada masa untuk bermesra sesama kita, sesama pelajar dengan pensyarah, tangkap gambar, buat persembahan merepek2, gelak2, pastu balik senyum sampai telinga. jangan lupa pergi tahun ni!

3. exam minggu depan~~ macam biasa, demam exam akan ada 2 kali kat jabatan kita ni. haha...tapi biasanya demam exam datang skali dengan demam facebook. mula la kuar status2 hebat kat facebook. xper2~ nak release tensen, normal la...

stakat tu je kot update yang terdapat buat masa ni. nanti kalau ada, i'll keep you all posted. akhir kata, adios~

p/s: any suggestion, jgn lpe komen ah. kadang2 termerepek pelek2...

KuRo SyaMito

Wednesday, February 3, 2010

Medical Dictionary

sebab ramai sangat yg bertanya mana nak dapatkan dictionary ni, jadi dengan sepantas kura-kura ia didownloadkan and diuploadkan semula ke Google Docs. sila lah nikmati penggunaan dictionary ni, sangat berguna terutama bila lecturer tanyer sebarang istilah.

Program: Medical Dictionary
Version: 2.11
Download: Sini


-KuRo SyaMito-

Friday, January 15, 2010


HARI INTERAKSI BIOMED DATANG LAGI...!!

TARIKH :17 JANUARI 2010 (AHAD)
MASA :7.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT :PADANG KTSN

Hari Interaksi Biomed telah diadakan dengan jayanya( bagi pihak organisasi, kami rase berjaya lah..hehe)seperti tarikh, masa dan tempat diatas.Program dimulakan dengan senamrobik, kemudian sukaneka dimulakan. Para pelajar tahun 1,2,3,dan 4 dan juga para pensyarah dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna seperti merah, kuning, peach, hijau, dll. Antara pensyarah yang hadir; PROF MADYA DR FADILAH & KELUARGA, PROF MADYA SITI BALKIS & KELUARGA, PUAN ASMAH & KELUARGA, DR NIHAYAH,PROF DR BAHARUDIN,DR ISMARUL & KELUARGA, PUAN ZAKIAH, DR ZARIYANTIEY, DAN DR JUWAINI.

Acara sukaneka yang diatur oleh exco program nyata telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara para pelajar dan pensyarah. Hari Interaksi ini juga dimeriahkan lagi dengan acara tarik tali antara kumpulan2. Program diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk semua kumpulan. Kumpulan kuning telah menjuarai keseluruhan acara sukaneka dan tarik tali. Kumpulan Peach mendapat naib johan (nak mention jugak di sini.. penulis adalah ahli kumpulan peach..hidup peach!!///).Program yang meriah ini berakhir pada pukul 1 petang dengan semua pelajar dan pensyarah yang terlibat makan aiskrim beramai-ramai dalam kumpulan masing2. Akhir kata, terima kasih yang xterhingga buat semua yang menjayakan program ini. Semoga ikatan yang terjalin akan terus utuh. JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!!=)

hidup peach!!
puan asmah pon turut serta..go, go biru!
ketua jabatan: ketua rumah kuning.. tarik, tarik!!

seiring & sejalan..=)
rumah kuning juara!
senior2 tahun 4 (hanis, zola, ted)
biomed bergabung! ( tahun 1,2,3,4)
tarik kuat2...kumpulan 'abg ketul'

Wednesday, January 13, 2010

Program Kembara Rimba Sains Bioperubatan 2010

Program Kembara Rimba Sains Bioperubatan telah diadakan pada 8 Januari hingga 10 Januari 2010 yang bertempat di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Program ini adalah anjuran Kelab Sains Bioperubatan dengan kerjasama daripada Jabatan Perhilitan. Misi program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang lebih seimbang mental dan fizikal disamping meningkatkan keyakinan mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i. Seramai 40 orang peserta yang telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 sains bioperubatan. Kami telah mendirikan khemah di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi.


“1 komuniti sihat, melahirkan 1 komuniti bestari”


  • Peserta Kembara Rimba dan Fasilitator dari Jabatan Perhilitan




  • Pintu masuk Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi iaitu tapak perkhemahan


  • Sewaktu baru sampai di tapak perkhemahan



  • Memasang khemah


  • Ceramah Konservasi dari Jabatan Perhilitan



Di kawasan Hutan Rekreasi ini telah dilengkapi dengan dewan gemilang dan juga dewan makan.

  • Time makan


Semua aktiviti di sana telah dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan. Oleh yang demikian, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan rusa, kijang dan napoh untuk memudahkan aktiviti berkumpulan dijalankan. Setiap kumpulan akan mendapat seorang fasilitator. Pada hari kedua, kami telah melakukan pelbagai aktiviti iaitu jungle trecking, menggunakan kompas, pemerhatian hidupan hutan, aktiviti berkayak dan juga mandi sungai. Sewaktu Jungle trecking, kami telah diberi penerangan mengenai tumbuhan yang boleh digunakan untuk perubatan dan juga melawat tempat mitos Gua Batu Maloi.

  • Jungle trecking dan memanjat tempat mitos Gua Batu Maloi



  • Tempat mitos Batu Maloi yang mengisahkan Maloi yang bercinta dengan Puteri Bunian dan mitos lagi satu ialah tempat pemujaan
Kumpulan Rusa


  • Meredah sungai
Kumpulan Kijang


  • Perkampungan orang asli dan kemusnahan hutan


  • Semasa memerhatikan hidupan liar terutama burung, kami diberi teropong dan juga buku panduan mengenai hidupan.



  • Berkayak dan mandi sungai


  • Cangkerik malam ialah aktiviti seperti malam kebudayaan
Kumpulan Napoh




Aktiviti kemuncak ialah pada hari ketiga iaitu jejak kelawar dan meneroka Gua Batu Maloi. Jenis gua ialah gua batu granit yang hanya terdapat dua di Malaysia iaitu Gua Batu Maloi dan Gua Kelam.

  • Jejak Kelawar






Terdapat 12 checkpoint menarik sepanjang laluan. Laluan pertama kena merangkak dan terdapat juga batu 3 segi dan batu baring. Selain itu, terdapat mitos gigi Maloi iaitu batu berbentuk gigi 4 batang dan juga potret Maloi dan Puteri Bunian.

  • Pintu masuk gua


  • Potret Maloi dan Puteri Bunian



  • Satu-satunya laluan kena pakai tali untuk memanjat batu



  • Batu Berbentuk tempayan besar


  • Dalam Gua Batu Maloi
















  • Hidupan dalam gua



  • Majlis Penutupan dan penyampaian cenderamata kepada wakil Jabatan Perhilitan iaitu En Rusman