BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 11, 2010

Event: Annual Dinner 2009/2010




cam biasa, setiap tahun, semua kursus dalam FSKB akan ada annual dinner masing-masing. jadi tahun ni biomed akan mengadakan dinner ditempat dan tarikh mcm yang tertulis dalam poster kat atas.

bila lagi korang nak pakai glam2, bling2 tanpa orang kata korang mereng kan? masa ni gak boleh la korang tangkap gambar dengan lecturer tersayang~ and bagi first year, grab this opportunity to know all lecturers, as most of 'em gonna be there.

p/s: thanks to AllPraisesToAllah cuz betulkan nama tempat. sori ek?

-Kuro Syamito-

Monday, March 8, 2010

Off-Topic: Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Jika setiap hujung tahun Malaysia akan diserbu oleh orang-orang luar untuk Year End Sale yang mana orang saling berebut-rebut nak beli baju; setiap Mac PWTC menjadi tumpuan buat saban tahunnya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Pastikan korang datang, check-out semua aktiviti yang ada tahun ni. Cuma beberapa stesyen je kan dari kolej, kan? Luangkan masa sikit..


Tarikh: 19-28 Mac 2010
Tempat: Putra World Trade Centre

Pastinya, jangan lupa untuk beli buku-buku subjek semester depan; sebab kebiasaannya buku-buku akan dijual dengan murah. Terutama bagi para pelajar, yang akan diberikan potongan harga. Tanya pada senior yang rapat, apa buku yang baik bagi subjek yang akan diambil semester depan. Nak lagi best, tanya kat lecturer terus. Kan senang tu?

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Jom kita meramaikan Pesta Buku ke-29 ni~

-Kuro Syamito-