BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 19, 2010

Event: Simposium Sains Bioperubatan UPM

Satu langkah yang patut dipuji dan harus diteruskan.

Pada 13-14 Mac yang lepas, UPM menjadi tuan rumah bagi Simposium Sains Bioperubatan. Memang cukup meriah. Lagi meriah dari open house Cik Kiah masa hari raya. Program ni memang dapat sambutan yang cukup baik dari universiti-universiti terlibat. Tahun ni yang terlibat adalah UKM, UIAM, UM, USM, UTAR dan IMU.

UPM - tuan rumah 2010

Bayangkan pelajar-pelajar Sains Bioperubatan dari seluruh ceruk Malaysia datang berkampung di UPM. Kan ke meriah tu? Semuanya dengan satu harapan; meningkatkan martabat dan meletakkan Sains Bioperubatan di mata pengamal perubatan masa kini. Biar semua orang tahu, kita mampu untuk bersaing dengan kos-kos sains kesihatan yang lain.

Baiklah, bawah ni ada beberapa gambar yang dapat di-snap-kan semasa program berjalan. Snap-snap!


Team dari UKM

Khusyuknya dgr ceramah Dr Hing...


Hadiah cenderamata kepada KJ tersayang


Bergambar lagi untuk kenangan..


Wakil UKM -Abdul Muin bin Azmi

Segalanya tamat dengan jayanya. Buat pihak UPM, terima kasih daun keladi, tahun depan kita jumpa lagi di UIAM pula. Kita kembara ke Kuantan pula. Buat UIAM, nantikan kami bertandang ke sana pula, ya?

UIAM - tuan rumah 2011


-Kuro Syamito-