BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 7, 2010

WHAT is PATHOLOGY?

Pathology is a study of disease. In it's broadest sense, it is the study of how the organs and tissues of a healthy body change into those of a sick person. This study provides an understanding of the disease processes encountered, their causes, and their clinical effect.
(Parakrama Chandrasoma and Clive R.Taylor, Concise Pathology 3rd edition, 2001)


Kursus pathology ini ditawarkan kepada pelajar Tahun 2, Sains Bioperubatan. Pelajar-pelajar bukan sahaja didedahkan mengenai proses penyakit, penyebab dan rawatan di dalam dewan kuliah, malah juga didedahkan di dalam makmal mengenai perubahan tisu atau organ yang berpenyakit secara mikroskopik.
Di dalam makmal, pelajar juga didedahkan mengenai kaedah pemprosesan tisu (tissue processing) dan pewarnaan tisu (tissue staining) selain membuat pemerhatian secara mikroskopik terhadap tisu patologik yang sedia ada di dalam makmal.

arterosklerosis




Wednesday, January 6, 2010

Pengenalan

sains bioperubatan..pengenalan~

assalammualaikum wbt...
Sebagai seorang pelajar pra-siswazah, kami sering dihujani dengan pelbagai persoalan mengenai definisi sebenar Sains Bioperubatan.

"sains bioperubatan...ape tu? doktor?"
"oh...nanti dah grad jadi doktor la ek.."

bukan saya saja, saya pasti hampir semua pelajar melalui pengalaman ini..so, what is biomedical science all about???

Sains Bioperubatan merupakan bidang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal perubatan, seorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian. (Panduan prasiswazah, FSKB UKM, sesi 2007-2008)

Sains Bioperubatan adalah salah satu cabang dalam bidang perubatan yang luas dan sangat penting dalam menganalisa sampel seperti nanah, darah, urin dan sebagainya untuk mendiagnos penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Selain itu, bioperubatan juga terlibat dalam penyelidikan dalam bidang perubatan dan industri seperti pemakanan, farmaseutikal, dan teknologi makmal.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Sains Bioperubatan adalah dibawah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) yang mendedahkan para pelajar dengan pelbagai skop kursus bagi menyiapkan pelajar dengan ilmu yang berguna dan boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang. Di sini, saya ingin menerangkan antara kursus-kursus yang penting yang dipelajari sepanjang pengajian selama 4 tahun ini.

(2007-2011)

Tahun 1 :
semester 1
1. Anatomi am dan sistemik
2. Biokimia Asas
3. Instrumentasi
4. Fisiologi kesihatan I
5. TITAS
6. pengajian umum
7. English for Life Sciences

semester 2
1. Anatomi Sistemik
2. Biokimia Metabolisme
3. Fisiologi kesihatan II
4. Kemahiran Psikologi
5. Hubungan etnik
6. pengajian umum
7. Bahasa Inggeris (pilihan)

tahun 2

semester 1

1. Pemakanan dan Kesihatan
2. Patologi asas
3. Parasitologi Perubatan
4. Farmakologi Am
5. Bakteriologi

semester 2

1. Entomologi perubatan
2. Patologi Sistem dan Histopatologi
3. Biokimia Klinikal
4. Epidemiologi
5. Virologi dan Mikologi
6. kursus elektif

tahun 3

semester 1
1. Khidmat masyarakat I
2. Imunologi
3. Biostatistik
4. Biologi Molekul Asas
5. Hematologi dan Sains Transfusi
6. Diagnosis Integratif I ( Bakteriologi, Imunologi dan Parasitologi)
7. kursus elektif

semester 2

1. Khidmat masyarakat II
2. Toksikologi
3. Patofisiologi
4. Biostatistik Gunaan
5. Biologi Molekul Lanjutan
6. Diagnosis Integratif II ( Toksikologi dan Patologi)
7. Proses Teknologi Inddustri Kesihatan
8. kursus Elektif

semester 3

Latihan Industri Sains Bioperubatan

tahun 4

semester 1
1. Tajuk Khas Sains Bioperubatan I
2. Penyelidikan Sains Bioperubatan
3. Penyelesaian Masalah I
4. kursus Elektif

semester 2
1. Tajuk Khas Sains Bioerubatan I
2. Penyelidikan Sains Bioperubatan
3. Penyelesaian Masalah II
4. kursus Elektif

*kursus elektif membolehkan pelajar memilih bidang major yang mereka minati. Terdapat tiga cabang iaitu..
  • MODUL BIOKIMIA
  • MODUL PENYAKIT BERJANGKIT
  • MODUL PATOLOG
Kesemua kursus-kursus ini merangkumi kerja saintifik dan penyelidikan dalam bidang kajian penyakit manusia dan haiwan, pengaruh ubat-ubatan, penemuan kesan mudarat dari pencemaran industri makanan, racun, agen perosak dan lain-lain.

Kursus-kursus ini pasti berbeza dengan kursus yang terdapat di IPTA lain. Tambahan lagi dengan aplikasi teori di makmal termasuklah dalam mengendalikan haiwan seperti tikus yang digunakan semasa melakukan penyelidikan.
Bukan setakat itu sahaja, penggunaan mesin-mesin di dalam makmal seperti spektrofotometer, autoklaf, pengempar dan juga penyediaan reagen dikendalikan oleh pelajar terutamanya pada tahun 3 sebagai persediaan untuk membuat projek tahun akhir di tahun 4 nanti.