BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 13, 2010

Program Kembara Rimba Sains Bioperubatan 2010

Program Kembara Rimba Sains Bioperubatan telah diadakan pada 8 Januari hingga 10 Januari 2010 yang bertempat di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Program ini adalah anjuran Kelab Sains Bioperubatan dengan kerjasama daripada Jabatan Perhilitan. Misi program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang lebih seimbang mental dan fizikal disamping meningkatkan keyakinan mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i. Seramai 40 orang peserta yang telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 sains bioperubatan. Kami telah mendirikan khemah di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi.


“1 komuniti sihat, melahirkan 1 komuniti bestari”


  • Peserta Kembara Rimba dan Fasilitator dari Jabatan Perhilitan




  • Pintu masuk Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi iaitu tapak perkhemahan


  • Sewaktu baru sampai di tapak perkhemahan



  • Memasang khemah


  • Ceramah Konservasi dari Jabatan Perhilitan



Di kawasan Hutan Rekreasi ini telah dilengkapi dengan dewan gemilang dan juga dewan makan.

  • Time makan


Semua aktiviti di sana telah dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan. Oleh yang demikian, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan rusa, kijang dan napoh untuk memudahkan aktiviti berkumpulan dijalankan. Setiap kumpulan akan mendapat seorang fasilitator. Pada hari kedua, kami telah melakukan pelbagai aktiviti iaitu jungle trecking, menggunakan kompas, pemerhatian hidupan hutan, aktiviti berkayak dan juga mandi sungai. Sewaktu Jungle trecking, kami telah diberi penerangan mengenai tumbuhan yang boleh digunakan untuk perubatan dan juga melawat tempat mitos Gua Batu Maloi.

  • Jungle trecking dan memanjat tempat mitos Gua Batu Maloi



  • Tempat mitos Batu Maloi yang mengisahkan Maloi yang bercinta dengan Puteri Bunian dan mitos lagi satu ialah tempat pemujaan
Kumpulan Rusa


  • Meredah sungai
Kumpulan Kijang


  • Perkampungan orang asli dan kemusnahan hutan


  • Semasa memerhatikan hidupan liar terutama burung, kami diberi teropong dan juga buku panduan mengenai hidupan.



  • Berkayak dan mandi sungai


  • Cangkerik malam ialah aktiviti seperti malam kebudayaan
Kumpulan Napoh




Aktiviti kemuncak ialah pada hari ketiga iaitu jejak kelawar dan meneroka Gua Batu Maloi. Jenis gua ialah gua batu granit yang hanya terdapat dua di Malaysia iaitu Gua Batu Maloi dan Gua Kelam.

  • Jejak Kelawar






Terdapat 12 checkpoint menarik sepanjang laluan. Laluan pertama kena merangkak dan terdapat juga batu 3 segi dan batu baring. Selain itu, terdapat mitos gigi Maloi iaitu batu berbentuk gigi 4 batang dan juga potret Maloi dan Puteri Bunian.

  • Pintu masuk gua


  • Potret Maloi dan Puteri Bunian



  • Satu-satunya laluan kena pakai tali untuk memanjat batu



  • Batu Berbentuk tempayan besar


  • Dalam Gua Batu Maloi
















  • Hidupan dalam gua



  • Majlis Penutupan dan penyampaian cenderamata kepada wakil Jabatan Perhilitan iaitu En Rusman

0 comments: